Mengenai Setiu Wetlands

Setiu Wetland terdiri daripada tiga lembangan sungai yang bersambung menjadi lagun sepanjang 14 km. Ia mempunyai rangkaian sembilan ekosistem yang saling berhubung, membentuk biodiversiti yang begitu meluas. Ia menggabungkan pulau pasir, dataran lumpur, paya bakau, paya gambut, hutan riparian, rumpai laut, pantai pasir dan lagun yang dilimpahi dengan kedua-dua air laut dan air tawar. Kepelbagaian biodiversiti ini turut membuatkannya menjadi pusat untuk hidupan mamalia, reptilia dan marin membiak. Anda juga boleh berkunjung ke pusat akuakultur makanan laut di tengah-tengah lagun. Ramai yang tidak tahu bahawa pusat ini turut membiak tiram. Digabungkan dengan pemandangan yang indah, Setiu Wetland adalah destinasi eko yang sempurna bagi pelancong yang menggemari aktiviti luar dana lam semula jadi.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed