Mengenai Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang

Apabila berada di Terengganu, pasti anda akan terlihat lambang penyu. Ia melambangkan negeri Terengganu dan terdapat di Rantau Abang, tempat di mana penyu belimbing datang bertelur, dari sejauh Amerika Selatan. Walau bagaimanapun, bilangan penyu seperti Penyu Hijau dan Penyu Sisik yang berenang ke pesisiran pantai kita semakin berkurangan dek pembangunan dan aktiviti pemburuan haram. Pelbagai usaha sedang dijalankan untuk mengelakkan kepupusan spesis mereka. Anda boleh mempelajari tentang spesis-spesis yang berbeza ini di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang dan seterusnya mengunjungi kawasan penyu bertelur yang terletak di seberang jalan pusat ini. Sekiranya anda bertuah, anda juga boleh melepaskan anak-anak penyu ke laut.

Bagaimana hendak ke sini:
Dari Kuantan dan Kuala Terengganu, ambil jalan pantai timur T3. Anda akan ternampak pusat ini di sebelah jalan besar apabila anda tiba di Rantau Abang.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed