Mengenai Pantai Teluk Mak Nik

Ini adalah satu lagi pusat konservasi penyu, di mana telurnya akan diambil dan disimpan sehingga menetas sebelum dilepaskan ke laut, bertujuan untuk melindunginya daripada pemangsa dan penyeludup. Terengganu sememangnya memandang serius usaha konservasi penyu dan sewajarnya dipuji atas usaha murni ini. Selain itu, Teluk Mak Nik turut menjadi pusat untuk berehat bersama keluarga dan rakan-rakan kerana keindahan semula jadinya.

Bagaimana hendak ke sini:
Pantai Teluk Mak Nik terletak di Chukai dan mengambil masa 10 minit perjalanan sahaja dari pusat bandar.


Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed