Mengenai Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah

Hamparan pantai yang indah di Kemaman ini menjadi rumah kepada pusat santuari penyu, di mana telur penyu dikumpul untuk ditetaskan dan seterusnya dihantar ke laut dengan selamat, jauh daripada ancaman pemangsa dan penyeludup. Santuari ini menjadi model pusat santuari di Malaysia dan dibina oleh Jabatan Perikanan Malaysia, BP dan WWF-Malaysia.

Pusat ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat dan menjadi pusat rujukan bagi mereka yang ingin mempelajari tentang penyu dan bagaimana untuk memainkan peranan mereka dalam ekosistem marin.

Bagaimana hendak ke sini:
Dari Kuala Terengganu dan Kuantan, ambil jalan pantai timur T3 menuju ke Chukai. Ikut arah papan tanda menuju ke Ma’ Daerah yang terletak di selatan bandar.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed