Mengenai Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terdiri daripada dua pulau, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Terletak 79km utara dari Kuala Terengganu dan 22km timur dari Besut, perjalanan ke pulau ini akan mengambil masa antara 45 minit sehingga 2 jam dengan menaiki bot, bergantung kepada tempat anda berlepas.

Pulau Perhentian pernah mendapat tempat ke-13 dalam senarai Pantai Terbaik di Dunia yang pernah dikeluarkan oleh CNN dan tempat ke-5 dalam senarai Pantai Terbaik untuk Anda Gantung Buaian Ranjut oleh Buku Panduan Pelancong Lonely Planet tahun 2010.

Airnya yang jernih, pasirnya yang halus dan keindahan semula jadi yang memukau semestinya menjadikan pulau ini tumpuan pelancong dari setiap pelosok dunia. Di kawasan perairan darat, pulau ini dilitupi dengan hutan yang masih terpelihara yang turut berfungsi sebagai pusat tadahan air. Di pulau ini juga anda hanya boleh berjalan atau menaiki teksi air kerana tiada jalan raya yang disediakan.

Nama pulau ini sebenarnya berasal daripada fungsi asal pulau ini, iaitu pusat hentian bagi nelayan dan pedagang di masa dahulu yang berulang alik antara Siam dan Terengganu. Pada hari ini, ia menjadi destinasi utama pencinta alam sekitar, penggemar sukan air dan penyelam.

Penduduknya sentiasa ramah dan anda boleh memilih untuk tinggal di rumah rehat atau hotel kelas pertama sekiranya berkunjung ke pulau ini.



- Klik SINI untuk penginapan

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed