Mengenai Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah mempunyai pantai yang mempesona dengan air yang berkilau dari kejauhan bak zamrud. Terletak di antara Pulau Redang dan Perhatian, perjalanan ke pulau ini hanya mengambil masa selama 30 minit dari Jeti Merang. Ia menyajikan suasana yang lebih tenang kerana hanya empat resort sahaja yang beroperasi di sini.

Tarikan utamanya terletak di bawah laut, di mana hidupan laut dan formasi terumbu karang yang indah dan unik dapat disaksikan. Hutan tropika di pulau ini juga membuatkan ia menjadi salah satu destinasi untuk berehat selain untuk menikmati hembusan bayu dan desiran ombak.



- Klik SINI untuk penginapan

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed