Mengenai Pulau Kapas

Pulau Kapas boleh dilawati dengan menaiki bot selama 20 minit ke selatan Kuala Terengganu dari Jeti Marang. Ia merupakan pulau terdekat dengan darat dan agak kecil apabila dibandingkan dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Tidak banyak resort yang dibina di sini, tetapi anda boleh membuat lawatan balik hari untuk melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti snorkeling dan sukan air di pulau yang sentosa dan putih ini.

Lautan di sekeliling pulau ini turut menjadi pusat pembiakan sotong dan menjadi tumpuan pelancong sepanjang bulan Mac hingga Ogos untuk melakukan aktiviti mencandat sotong. Gerombolan kapal dapat dilihat semasa musim ini, di mana mereka akan menggunakan cahaya untuk menarik perhatian sotong ke permukaan. Di bawah sinaran rembulan, pemandangan dari kejauhan akan kelihatan seolah-olah bandaraya cahaya di atas laut.



- Klik SINI untuk penginapan

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed