Mengenai Pulau Bidong

Pulau Bidong terkenal selepas zaman Perang Vietnam pada tahun 1970an kerana menjadi pusat pelarian selepas pengunduran Amerika Syarikat. Beribu-ribu pelarian telah dibenarkan untuk tinggal di pulau ini sebelum diletakkan di negara ketiga.

Pulau Bidong adalah pulau yang terbiar, tanpa penduduk mahupun resort. Walau bagaimanapun, peninggalan seperti hospital, sekolah dan asrama kediaman pelarian masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Pulau ini kini telah kembali bersih dan indah selepas usaha untuk memuliharanya dilakukan selama bertahun-tahun selepas ditinggalkan oleh pelarian.

Pelawat yang ingin melakukan aktiviti snorkeling, menyelam atau berkelah di sini boleh mengaturkan lawatan balik hari dengan resort di Pulau Redang atau pun Perhentian.

Menariknya di Pulau Bidong ini, anda boleh menyelam untuk menyaksikan replika dan arca dalam bentuk Batu Bersurat Terengganu, tepak sirih, pintu gerbang, keris dan sampan tradisional pada kedalaman 15 meter.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed