Mengenai Pantai Penarik

Merupakan salah satu pantai yang tercantik di Terengganu, pantai ini kaya dengan pokok kelapa yang tumbuh dengan banyaknya di sekitar perkampungan nelayan. Sentiasa tenang dan indah, anda juga boleh melihat Pulau Bidong dan Redang dari jauh.

Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar pantai, anda mungkin bertemu dengan nelayan yang hendak ke laut atau baru pulang dari laut dengan hasil tangkapan mereka. Kadangkala, mereka hanya menebarkan jala mereka beberapa meter sahaja dari kawasan pantai. Yang penting, anda hanya perlu bersabar untuk menyaksikan pemandangan ini.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed