Mengenai Pantai Pandak Cendering

Pantai ini turut dijadikan tajuk lagu bertajuk Chendering yang dirakamkan pada awal 60an (atau sebelum Malaysia ditubuhkan) oleh komposer terkenal iaitu Jimmy Boyle. Ia terletak 6km dari Kuala Terengganu dan terkenal kerana strukturnya yang berbatu di satu bahagian dan pantai yang panjang di bahagian yang lain.

Dengan lambaian pohonan kelapa di perkampungan tradisional dan pantai yang tidak berpenghujung, Pantai Pandak menjadi destinasi perkelahan bagi penduduk tempatan. Pulau Kapas juga dapat dilihat dari kejauhan dan semasa air surut, pantai ini menjadi kawasan yang digemari untuk berenang.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed