Mengenai Pantai Kuala Abang

Hamparan Pantai Kuala Abang menyajikan landskap yang unik. Ia mempunyai lagun dalaman sepanjang beberapa kilometer yang memisahkan jalan pantai timur Kuantan – Kuala Terengganu dengan pantai. Lagun ini adalah selari dengan pantai dan sekiranya anda berjalan di bahagian atas, anda boleh melihat air di kedua-dua bahagian. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk berenang di kawasan lagun ini.

Pantai Kuala Abang terletak 10km dari pekang Dungun. Pantai ini turut menjadi salah satu daripada beberapa lokasi pilihan penyu belimbing untuk bertelur suatu masa dahulu. Malangnya, penyu belimbing kini semakin diancam kepupusan. Untuk menangani masalah ini, Pusat Pemuliharaan Penyu telah dibina di Rantau Abang.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed