Mengenai Pantai Kelulut

Hamparan pantai sejauh ( ) kilometer yang terletak di bahagian selatan Kuala Terengganu. Terdapat banyak restoran yang turut menyajikan pemandangan indah Pulau Kapas, selain menjadi destinasi yang agak popular di kalangan penduduk tempatan. Sekiranya anda bertuah, anda dapat melihat nelayan sedang menangkap ikan dari kejauhan tatkala anda menikmati hidangan. Dan semasa musim mencandat sotong pula, anda dapat menyaksikan untaian cahaya berkelip-kelip di permukaan lautan, seperti sebuah kota terapung di tengah lautan. Ini adalah cahaya yang digunakan oleh nelayan untuk menarik perhatan sotong ke permukaan.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed