Mengenai Pantai Bukit Keluang

Terletak di daerah Besut, pantai ini agak berbatu dan dilindungi bukit dan beberapa gua yang menjadi kediaman haiwan nokturnal seperti kelawar. Landskapnya adalah unik dan lain daripada yang lain. Seperti namanya, pantai ini terletak di kaki Bukit Keluang.

Untuk melihat pemandangan panorama yang indah dari puncak Bukit Keluang, anda boleh menaiki laluan denai yang diperbuat daripada kayu. Dari puncak ini juga, anda boleh melihat tanjung yang memecahkan kedataran pantai yang luas terbentang.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed