Mengenai Pantai Batu Rakit

Ambil jalan ke Merang (3654) dari Kuala Terengganu dan cari Jalan Pantai Timur T145 selepas melepasi lapangan terbang. Jalan ini menyediakan pemandangan yang menarik, melewati rumah kampung yang masih belum dilanda arus pemodenan. Ikutlah naluri anda dan jejaki pantai ini. Sekiranya anda berada di sana pada waktu yang tertentu, anda boleh menyaksikan nelayan membetulkan jala dan bot mereka yang dicat dengan warna yang terang, sesuai untuk dijadikan subjek fotografi anda. Dengan panjang yang berbatu-batu jaraknya, pastikan anda membawa kamera bersama anda untuk merakamkan gambar-gambar yang menarik.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed