Mengenai Pantai Air Tawar

Agak janggal untuk menamakan sebuah pantai dengan nama Pantai Air Tawar kerana secara hakikatnya, air laut adalah masin. Kemungkinan nama ini berasal dari lagun air tawar yang selari dengan pantai ini. Terdapat juga taman berlandskap dengan laluan untuk pejalan kaki serta jambatan untuk menyeberangi lagun, yang membuatkan pantai ini menjadi destinasi menarik untuk berehat dan berekreasi.

Lokasi Pantai Air Tawar yang terletak agak jauh dari bandar Besut membuatkan ia kurang popular di kalangan penduduk bandar, kecuali semasa hujung minggu. Jadi, sekiranya anda berkunjung ke pantai ini pada hari minggu, pastinya kelihatan seperti anda adalah tuan kepada pantai ini.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed