Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam (TTI) terletak di Pulau Wan Man, tidak jauh dari muara Sungai Terengganu. Dengan keluasan sepuluh hektar, TTI adalah pusat pembelajaran dan permainan yang menampilkan replika atau monumen 22 masjid dan bangunan yang ternama di serata dunia selain menempatkan Masjidil Haram. Antaranya termasuklah Taj Mahal, Masjidil Haram di Mekah, Masjid Besar Nigeria, dan replika masjid-masjid lain yang ternama. Pengunjung juga disediakan dengan audio visual dan pameran interaktif untuk memudahkan pemahaman berkenaan tamadun Islam di seluruh dunia.

Di TTI terdapat sebuah pusat konvensyen yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan dan upacara, serta rumah tumpangan yang boleh disewa.

Pelawat juga boleh menaiki bot di TTI untuk menyusuri Sungai Terengganu dan menyaksikan cara hidup penduduk Terengganu di kampung-kampung dan limbungan bot. Untuk suasana yang lebih tenang, terdapat juga pelayaran malam di mana pengunjung akan disediakan dengan makan malam.

Tarikan baru seperti bot amfibia yang mampu bergerak di atas darat dan air, serta persembahan cahaya dan bunyi akan turut diperkenalkan kepada pengunjung nanti.

Jangan lupa singgah ke kedai cenderahati, tasik rekreasi dan restoran semasa lawatan anda ke sini!



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed