Pasar Besar Kedai Payang

Pasar ini seharusnya menjadi destinasi pertama anda dalam menjelajahi Terengganu. Ia merupakan mikrokosma Terengganu, di mana anda dapat mempelajari tentang budaya, makanan, selain mengenali rakyat kami dengan lebih dekat lagi. Sekiranya anda tidak menemui apa yang anda inginkan di kedai atau pasar raya, pasti anda akan menemuinya di Pasar Payang, kerana di sini anda boleh mendapatkan segala jenis benda, seperti daging dan ikan segar, herba tradisional, kain songket dan batik. Lalui setiap lorong di pasar ini dan anda pasti akan menemui sesuatu yang unik. Bagi mereka yang beranggapan bahawa wanita Terengganu tidak dibenarkan untuk keluar rumah, tanggapan anda salah kerana anda akan mendapati bahawa majoriti peniaga di sini adalah kaum wanita. Sungguhpun kami masih berpegang pada tradisi dan kaum lelaki masih dianggap sebagai ketua keluarga, kaum wanita kami sememangnya pandai berniaga.

Alami dan rasai keunikan Terengganu di Pasar Payang, yang merupakan ikon dan identiti kebudayaan kami.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed