Muzium Negeri

Merupakan muzium yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, Muzium Negeri Terengganu menampilkan senibina yang indah dan unik dengan menampilkan elemen-elemen istana lama Terengganu seperti peleleh atau bumbung bertingkat.

Dengan keluasan lantai 75,000 kaki persegi, Muzium Negeri ini terdiri daripada empat bangunan yang disambungkan. Keseluruhan kompaun muzium pula meliputi 27 hektar dan turut menampilkan kawasan pameran luaran yang terdiri daripada kapal maritim lama, bangunan istana lama seperti rumah tele, serta rumah lama dengan senibina tradisional Melayu.

Batu Bersurat Terengganu turut dipamerkan di sini. Ditemui oleh Syed Huseein Ghulam Al Bukhari pada 1902 di Kampung Buloh, Hulu Selangor, Batu Bersurat ini ditulis dengan tulisan jawi dan membuktikan kedatangan terawal Islam di Semenanjung, jauh lebih awal daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Muzium ini menempatkan pelbagai artifak dan hasil seni seperti tekstil, kraftangan, barangan diraja, seni Islamik, seni kontemporari dan juga senjata. Selain itu, penemuan petroleum turut dipamerkan di sini. Menariknya di sini, pengunjung boleh bersiar-siar di kawasan taman di luar muzium yang turut ditanam dengan landskap yang indah sambil melihat sejarah maritim Terengganu, galeri marin dan rumah tele yang pernah diinap oleh Raja Mongkut semasa kunjungannya pada tahun 1908.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed