Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung adalah merupakan antara masjid yang sangat digemari oleh pengunjung sebagai lokasi untuk mengambil gambar. Senibina Timur Tengah yang ringkas serta berwarna putih ini tersergam indah, menjadikannya unik dan kelihatan terapung di atas lagun Sungai Ibai. Bangunan ini dibina semasa pemerintahan Almarhum Sultan Mahmud (1979 – 1997) dan dinamakan sempena nama bondanya.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed