Kota Lama Duyong, Pulau Duyong

Rumah Kota Lama Duyong, atau dikenali sebagai kota duyong kerana dikelilingi oleh dinding batu, dimiliki oleh Dato Biji Sora, seorang pegawai kanan yang berkhidmat dengan Kerajaan Terengganu. Beliau adalah cicit kepada Tok Sheikh Duyong, seorang cendekiawan Islam yang dilahirkan di Champa, Selatan Vietnam. Menetap di situ sejak awal 1800-an, beliau adalah seorang guru yang disegani dan menjadi pilihan istana serta penduduk setempat. Hasil usahanya turut membuatkan Pulau Duyong mendapat gelaran “lidah Terengganu”. Bahagian luar rumah ini menampilkan beberapa senibina Terengganu asli dengan empat jenis bumbung yang berbeza. Bahagian dalam pula menampilkan ukiran kayu ayat Al-Quran atau motif berbentuk bunga yang turut berfungsi sebagai laluan udara, yang bertujuan untuk menyejukkan bahagian dalam rumah sebelum kewujudan elektrik. Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang senibina dan sejarahnya, penduduk Kota Lama Pulau Duyong semestinya menjadi pusat rujukan utama, selain dapat mempelajari tentang cara hidup penduduk di sini.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed