Kompleks Kraf Noor Arfa

Noor Arfa adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri batik negara. Merupakan pengeluar batik terbesar di Malaysia, Noor Arfa telah telah bertahan selama 30 tahun sejak diwujudkan, dan telah berjaya mengeluarkan corak yang inovatif untuk dijual kepada syarikat-syarikat ternama, dan kepada pembeli secara langsung. Pelawat boleh berkunjung ke kompleks yang terletak di Cendering ini, di mana demonstrasi melukis batik turut dilakukan, selain berpeluang menghasilkan lukisan batik sendiri. Bilik pamerannya pula mempamerkan pelbagai seni reka batik dan sejarah evolusi batik, daripada teknik lama (batik terap dengan menggunakan blok) kepada teknik melukis dengan menggunakan canting.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed