Bukit Puteri

Legenda menyatakan bahawa terdapat seorang Puteri yang pernah tinggal di bukit ini, yang sangat baik hati dan sentiasa meminjamkan peralatan memasak kepada rakyat untuk melakukan persiapan majlis keraian mereka. Walau bagaimanapun, peralatan tersebut tidak pernah dipulangkan, membuatkan si Puteri berkecil hati dan meninggalkan bukit ini.

Bukit Puteri ini turut didokumentasikan dalam sejarah Terengganu abad ke-16 dan dijadikan pusat pertahanan semasa perang saudara pada zaman pemerintahan Sultan Mansur, Muhammad dan Omar pada abad ke-19.

Sehingga ke hari ini, pengunjung boleh menyaksikan sebuah peninggalan berbentuk loceng yang dipanggil genta, digunakan semasa upacara istimewa atau musibah. Semasa bulan Ramadhan, genta dibunyikan untuk menandakan waktu berbuka. Terdapat juga beberapa peninggalan lain seperti meriam yang dipanggil meriam beranak serta rumah api yang pernah digunakan untuk membantu kapal-kapal mencari jalan memasuki Kuala Terengganu. Dari puncak bukit, anda boleh menyaksikan panorama Sungai Terengganu, Istana Maziah dan sekelilingnya.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed