Kuala Terengganu

Terletak di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu adalah sebuah Bandar Diraja yang masih mengekalkan kekayaan seni budaya dan sejarahnya walaupun dilanda arus pemodenan. Pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai hab pelancongan, selain menarik minat pelabur dan perniagaan untuk beroperasi. Antara kepelbagaian tarikan yang terdapat di sini termasuklah keindahan semula jadi sungai dan pantai yang masih belum tercemar, budaya, makanan, dan penduduknya yang mudah mesra, ramah, suka membantu serta gemar bergurau.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed