Mengenai Tasik Kenyir

Sebuah tasik buatan manusia yang kini menjadi tarikan semula jadi, Tasik Kenyir adalah tasik terbesar di Malaysia. Tasik ini mempunyai 340 pulau, dan wujud apabila lembah-lembah dilimpahi dan dipenuhi dengan air semasa pembinaan Empangan Kenyir.

Tasik Kenyir menjadi tumpuan pencinta alam semula jadi untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mendekati flora dan fauna, melihat burung, menternak ikan, melawat santuari gajah dan untuk meneroka gua-gua purba.



- Klik SINI untuk penginapan

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed