Mengenai Lata Tembakah

Air Terjun Tembakah terletak tidak jauh dari Jertih, di bahagian utara Terengganu. Air terjun bertingkat yang mengagumkan ini mempunyai kolam-kolam kecil di beberapa peringkat, yang pastinya mengundang pengunjung untuk berenang. Sekiranya anda gemar mendaki, ikuti laluan hutan untuk menuju ke puncak air terjun, dan anda pasti menemui tapak-tapak sunyi untuk berehat semasa dalam perjalanan menaiki Gunung Tebu. Anda boleh berteduh dibawah kanopi hijau sambil menikmati keindahan dan keajaiban hutan tropika ini.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed