Mengenai Lata Belatan

Terletak 100km dari utara Kuala Terengganu, Hutan Rekreasi dan Air Terjun Lata Belatan menarik kunjungan mereka yang gemar meluangkan masa hujung minggu mereka dalam kehijauan alam sekitar. Air terjunnya yang dingin mengalir dari atas bukit menjadi tempat yang sesuai untuk berenang serta sempurna bagi mereka yang ingin mendengar bunyi limpahan air yang mendamaikan. Pengunjung juga dapat menghirup udara segar dan mendengar sayup-sayup bunyi fauna liar dari kejauhan. Kawasan perkhemahan dan tempat parkir kenderaan turut disediakan bagi mereka yang ingin bermalam. Jika anda ingin mendaki Gunung Tebu, inilah kem pusat untuk anda berkhemah. Lata Belatan terletak lebih kurang 24km di selatan Jertih.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed