Mengenai Kolam Air Panas La

Tercari-cari tempat untuk berehat sambil mendapatkan terapi semula jadi untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan? Kunjungi Kolam Air Panas La yang terletak di tengah-tengah hutan, dan berendam dalam air panas dengan suhu 50OC – 70 OC dari bawah tanah. Ramai penduduk tempatan yang berkunjung ke sini dan yakin bahawa terapi hidro ini mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Kemudahan asas dan gerai makanan turut disediakan kepada pengunjung yang ingin berkhemah di sini.

Bagaimana hendak ke sini:
Dari Kuala Terengganu, ambil laluan T142 dan menuju ke Jertih di bahagian utara. Terdapat banyak papan tanda yang dapat mengarah anda ke kolam air panas dan perjalanan dari Kuala Terengganu akan mengambil masa 90 minit.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed