Mengenai Sekayu Waterfall

Air terjun tujuh tingkat ini terletak hanya satu jam memandu dari Kuala Terengganu, dan merupakan destinasi kegemaran pengunjung untuk berehat. Anda boleh berendam menikmati kedinginan air atau meneroka hutan tropika yang menakjubkan. Kemudahan asas seperti bilik persalinan, kawasan berkelah, tapak perkhemahan dan chalet turut disediakan untuk kemudahan mereka yang ingin menginap di kawasan air terjun ini. Keindahan semula jadi Taman Pertanian dan Air Terjun Sekayu ditambah lagi dengan dusun buah-buahan, kolam renang, zoo mini dan restoran.

Bagaimana hendak ke sini:
Ikuti laluan ke Wakaf Tapai dan Ajil melalui Bukit Payung dan menghala ke Kuala Berang. Sebelum tiba di simpang Kuala Berang, cari papan tanda Air Sekayu dan ikut jalan ini.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed