Mengenai Air Terjun Cemerong

Terletak sejauh 100km dari Kuala Terengganu di daerah Dungun, Air Terjun Cemerong adalah air terjun yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 305m. Segarkan diri dengan menikmati kedinginan air bukit di bahagian bawah air terjun atau saksikan pemandangan indah hutan hujan dengan mendaki ke puncak Bukit Berembun. Seperti berharganya lautan di Terengganu, anda pasti akan menghargai keunikan hutan hujan yang telah berusia jutaan tahun di sini.

Bagaimana hendak ke sini:
Tuju ke arah Kampung Cenerih dengan menghala selatan atas lebuhraya LPT2. Ikuti susur keluar Kg Jongok Batu dan jejaki Taman Rekreasi Chemerong.



Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed