Hayati Terengganu

Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, bertentangan dengan Laut China Selatan. Ia merupakan salah satu daripada sembilan Kesultanan dengan populasi melebihi sejuta penduduk. Menyimpan pelbagai rahsia yang sedang menanti untuk diterokai, Terengganu akan memberikan kejutan bukan sahaja kepada pelancong, bahkan kepada mereka yang tidak asing dengan negeri yang mempesona ini.

Fakta Am

Populasi pada 2013 ialah 1,125,000

Ibu negeri: Kuala Terengganu

Etnik: Melayu, Cina, India & Lain-lain

Keluasan: 13,305 sq. km.

Industri: Minyak & Gas, Perikanan, Pertanian, Pelancongan

 Fakta-fakta menarik tentang Terengganu

 


Terengganu menyimpan bukti awal kedatangan Islam di negara ini, seawal 700 tahun yang dahulu.

Bentangan pantai yang terpanjang di Malaysia, sepanjang 244 km dari utara ke selatan Terengganu.

Tasik terbesar dan tertinggi dengan pulau pedalaman terbanyak di Malaysia iaitu Tasik Kenyir.

Fosil zaman batu yang membuktikan penempatan zaman purba seawal 8,000 hingga 20,0000 tahun yang lalu telah ditemui di Terengganu.

Muzium Terengganu adalah muzium terbesar di Asia Tenggara.

Tanah lembap Setiu adalah antara yang terunik di negara ini, memiliki sembilan ekosistem, tiga lembangan sungai, dan lagun sepanjang 14km.

Air terjun Cemerong di Dungun, yang tertinggi di Malaysia.
Industri tembaga berusia 300 tahun.

Pulau Redang dan Perhentian merupakan antara pusat menyelam yang terbaik di dunia.

Kemahiran membuat bot yang terkenal serata dunia, membina kapal layar menongkah lautan, tanpa pelan mahupun sebatang paku.

Pantai ke-5 yang terbaik untuk main buaian oleh Lonely Planet pada tahun 2010. Pantai ke-13 terbaik di dunia oleh CNN pada tahun 2013.

Kami adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai kumpulan Gamelan.

Pengeluar batik terbesar negara.

Songket Terengganu adalah yang terbaik di Malaysia.
Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed