Wayang Kulit

Sebuah pertunjukan bayang-bayang dan cahaya yang menarik, wayang kulit menampilkan boneka yang diperbuat daripada kulit lembut dan menceritakan tentang perlawanan antara kebaikan dan kejahatan, berdasarkan legenda dan kisah dongeng. Ia dipersembahkan pada layar putih yang didirikan khas kepada penonton. Diceritakan oleh seorang dalang yang akan duduk disebalik tabir dan memainkan pelbagai watak boneka dalam pelbagai bentuk. Sekumpulan pemuzik akan mengiringi persembahan dalang, dan pada masa dahulu, pertunjukan wayang kulit boleh mengambil masa sehingga beberapa hari. Walaupun bahasa yang digunakan mungkin tidak dapat difahami oleh penonton yang tidak biasa dengan dialek tempatan, persembahan wayang kulit masih mampu memukau serta menghiburkan mereka yang menyaksikan. Wayang kulit turut tersenarai dan dilindungi oleh UNESCO sebagai “Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity”.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed