Tarian Ulek Mayang

Ulek Mayang adalah satu upacara yang dilakukan oleh nelayan untuk menenangkan Semangat Laut. Menurut legenda, semasa di laut, seorang Puteri telah jatuh hati kepada seorang nelayan dan telah mengenakan sumpah yang membuatkan nelayan tersebut menjadi tidak sedar diri. Seorang bomoh telah dipanggil untuk menyedarkannya dan satu pertempuran terjadi antara Semangat Puteri dan bomoh. Setelah dipujuk oleh adik-beradiknya, Puteri akhirnya membebaskannya dengan syarat nelayan tersebut perlu melakukan persembahan untuk menenangkannya.

Tarian Ulek Mayang ini menghidupkan semula legenda tersebut dan menampilkan beberapa upacara daripada persembahan Ulek Mayang. Pada masa dahulu, tarian ini turut dipercayai akan membangunkan semangat dan roh apabila ditarikan. Penonton yang mempunyai semangat yang lemah akan mudah dirasuk dan dikuasai oleh semangat tersebut. Walau bagaimanapun, tarian Ulek Mayang pada hari ini hanya dipersembahkan untuk tujuan hiburan sahaja, tanpa gangguan yang tidak diingini. Muzik dan lagu yang dimainkan juga adalah mengasyikkan dan mudah dicam oleh rakyat Terengganu.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed