Silat

Silat adalah sejenis seni mempertahankan diri tradisional Melayu yang kini sudah dikenali di serata dunia. Kebiasaannya, silat ditampilkan dalam bentuk persembahan dan diiringi muzik yang terdiri daripada gandingan rebana, gong dan serunai tradisional Melayu. Adakalanya, senjata tradisional Melayu iaitu keris akan digunakan semasa persembahan. Gerak silat adalah tangkas walaupun kelihatan seolah-olah tarian, dan adalah untuk mengundang lawan untuk memulakan serangan pertama atau mempertahankan diri. Terdapat pelbagai jenis pertubuhan silat, bergantung kepada negara asalnya dalam Kepulauan Melayu. Silat selalunya dipersembahkan semasa majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan upacara pembukaan rasmi.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed