Penenunan Songket

Tenunan songket adalah salah satu produk utama Terengganu, di mana penenunnya dianggap antara yang terbaik dalam negara. Songket adalah tekat, terhasil daripada sulaman benang emas dan perak atas kain sutera atau kain kapas, menghasilkan motif timbul yang membentuk corak yang cantik. Dianggap sebagai tekstil mewah, ia menjadi pakaian wajib semasa upacara, baik bagi lelaki mahupun wanita. Sarung, tanjak, selendang bahu adalah sebahagian daripada produk songket yang popular. Bergantung kepada gred songket yang ditentukan mengikut ketelitian rekabentuk dan sulaman, harga songket boleh mencecah RM80,000. Kebiasaannya, kebanyakan songket berharga antara RM500 sehingga RM8,000. Ia turut diwariskan kepada generasi seterusnya sebagai pusaka. Songket yang berkualiti sederhana pula boleh dijadikan sarung bantal, alas meja, pembalut buku dan sebagainya.

Penghasilan songket boleh mengambil masa berminggu-minggu sehingga berbulan-bulan, bergantung kepada panjang dan kehalusan rekabentuknya. Pada zaman kegemilangannya, hanya benang emas dan perak sahaja yang digunakan. Namun pada hari ini, benang pelbagai warna turut digunakan untuk menghasilkan tenunan yang lebih ceria. Sungguhpun begitu, songket masih mengekalkan motif aslinya, lantas menjadikan songket Terengganu unik jika dibandingkan dengan daerah yang lain. Pengekalan identiti songket ini memastikan kesinambungan kebudayaan Melayu, supaya tidak hilang ditelan zaman.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed