Pembinaan Bot

Kemahiran membina bot di Terengganu telah dikenali sejak berkurun lamanya. Tanpa menggunakan pelan ataupun paku, pembuat bot di Pulau Duyong adalah terkenal di seluruh dunia dan telah membina bukan sahaja bot nelayan, bahkan kapal yang boleh berlayar di samudera. Pembeli-pembelinya juga datang dari pelbagai benua dan negara seperti Amerika Syarikat dan New Zealand.

Kemahiran dan ketelitian pembuat bot ini adalah disumbangkan dari daya ingatan yang kuat serta pengalaman yang luas.

Dengan menggunakan kayu yang utuh dan berkualiti tinggi seperti cengal, adakalanya pembinaan bot akan mengambil masa yang agak lama kerana kekurangan bahan binaan, dan pembuat bot tidak akan berkompromi dalam menggunakan bahan binaan yang ditetapkan.

Oleh kerana bilangan pembuat bot semakin berkurangan, kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran pengunjung tentang industri bot ini, lantas menggalakkan lebih banyak generasi muda terlibat dalam industri ini untuk memastikan kesinambungan budaya terpelihara.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed