Main Gasing

Gasing adalah sejenis permainan yang popular di bahagian utara negeri, terutamanya di daerah Besut. Berbentuk rata dan bulat seperti cakera, gasing diperbuat daripada kayu dengan berat lebih kurang 5kg. Ia dimainkan oleh orang dewasa dan memerlukan tenaga, ketangkasan dan ketelitian. Kehebatan seorang pemain gasing diukur melalui keupayaannya untuk menghasilkan putaran gasing yang paling lama. Adakalanya, gasing boleh berputar sehingga dua jam. Untuk bermain, tali yang panjang dililitkan di sekeliling gasing dan dengan gerakan yang pantas, tali akan direntap untuk memutarkan gasing. Gasing ini seterusnya akan diangkat dan diletakkan di atas para kayu untuk berputar. Putaran yang paling lama akan menentukan pemenangnya.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed