Joget Gamelan

Terengganu adalah satu-satunya negeri yang mempunyai kumpulan gamelan. Gamelan Melayu (berbeza dengan Gamelan Jawa dan Bali) adalah berasal dari Riau-Lingga (sebuah daerah di Sumatra) dan diperkenalkan di Istana Terengganu pada tahun 1920an oleh Tengku Ampuan Mariam, Puteri Pahang yang seterusnya menjadi permaisuri kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu dari tahun 1914 sehingga 1942. Dikenali sebagai Joget Gamelan, tarian ini menampilkan sembilan penari dan dipersembahkan di kebanyakan acara negeri, termasuk hari Keputeraan Sultan dan acara kebudayaan.

Pada zaman kegemilangannya (1920an dan 1930an), adakalanya penari akan dirasuk oleh semangat yang membuatkan mereka hilang akal, dan kejadian ini masih kekal misteri sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, bagi negeri yang terkenal dengan elemen mistiknya, kejadian histeria ini telah menjadi kebiasaan, terutamanya apabila dilakukan pada lewat malam.

Antara yang telah menyaksikan persembahan ini di Istana Pahang pada zaman kegemilangannya termasuklah Sir Frank Swettenham, seorang pegawai koloni British. Beliau sangat tertarik dengan gemalai tari, keindahan kostum dan keseluruhan persembahan.

Pengunjung yang ingin menyaksikan keasyikan Joget Gamelan tidak perlu risau dengan pengaruh elemen mistik dan boleh berkunjung ke lokasi berikut pada jam 11.00 pagi setiap Sabtu.

Warisan Sari Laman Santai Gamelan
Hubungi (+6017 9263395; +60199292066; +6019 9786607 and +6013 9374747) untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan panduan untuk ke lokasi.

Liputan berita:

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed