Bermain Wau

Bermain wau adalah sejenis aktiviti riadah yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Diameter wau boleh mencecah sehingga satu meter manakala panjangnya pula kadangkala sama dengan ketinggian pemainnya. Wau datang dalam pelbagai bentuk dan nama, seperti Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Merak dan sebagainya. Ia diperbuat daripada kertas beras nipis yang dihiaskan dengan motif indah dengan berangkakan bilah buluh, serta dianggap sebagai hasil karya seni. Apabila dilayangkan, ia akan menghasilkan bunyi berdengung, dan talinya akan memintas wau yang lain untuk menjatuhkan lawannya. Tali wau kebiasaannya akan disalut dengan sejenis serbuk kaca untuk memotong tali wau yang lain. Wau paling akhir untuk kekal terbang akan dianggap sebagai pemenang.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed