Batik

Terengganu terkenal sebagai pengeluar terbesar batik, dari batik sarung tradisional yang dicop, sehingga ke batik berwarna-warni lukisan tangan yang sesuai dipakai secara kasual ataupun dijadikan pakaian malam. Bagi lelaki, baju batik berlengan panjang dipakai untuk menggantikan sut atau baju melayu semasa menghadiri majlis rasmi.

Tekstil batik turut digunakan secara meluas di kepulauan Melayu. Batik lukisan tangan Malaysia mempunyai pengaruh barat dan lebih liberal dari aspek corak dan warna manakala motif tradisional dipengaruhi elemen semulajadi. Kain sarung tradisional, yang dicop dengan blok tembaga atau kayu turut menampilkan keceriaan dan kehalusan, dan dipakai sebagai sarung kebaya atau dipadankan dengan baju kasual.

Batik adalah universal dan boleh digunakan untuk menghasilkan apa jua produk. Antara yang popular adalah kain cadar, sarung kusyen, pembalut buku, alas pinggan, alas meja dan pakaian.

Anda boleh mendapatkan pelbagai produk batik untuk dibawa pulang daripada dua pengeluar utama batik iaitu Noor Arfa Batik dan Atikah Songket.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed