Anyaman Mengkuang

Seni anyaman daun kering telah menjadi sebahagian daripada pelbagai budaya di seluruh dunia. Di Terengganu, daun pandanus amaryllifolius atau daun pandan (daun yang keras berduri dan bukan untuk memasak) digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan rumah seperti tikar lantai, bekas beras, tudung saji, dan pelbagai jenis beg dan raga. Diwarnakan dengan pelbagai rona warna, daun pandan ini dianyam dalam bentuk geometrik untuk menghasilkan produk-produk yang menarik. Antaranya termasuklah dompet dan terendak lampu, dan adakalanya ia digabungkan dengan fabrik untuk mempelbagaikan lagi kegunaannya.

Visit Us On TwitterVisit Us On FacebookCheck Our Feed